Resepi Sambal Belacan Asam Buah Belimbing Buluh

Sambal belacan bukanlah menu asing lagi dalam masyarakat melayu. Sambal belacan sangat terkenal sejak dari zaman tok nenek moyang kita lagi yang di gemari kebanyakkan orang. Ada yang menyukainya dan ada juga yang tidak menyukainya. Ikut tekak masing-masing orang kata.

Tapi bagi mereka yang menggemarinya sudah tentu lah lebih berselera ketika makan nasi. Sambal belacan merupakan makanan sampingan pelengkap hidangan ulam-ulaman yang di makan dengan nasi dan juga lauk lain.

sambal belacan asam belimbing buluh sedap

Sambal belacan pada asasnya adalah gabungan daripada bahan-bahan seperti cili api dan garam sahaja. Kedua-dua bahan utama tersebut wajib ada dalam mana-mana resepi sambal belacan. Sambal belacan mempunyai banyak resepi yang pelbagai untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang lebih sedap. Ada yang menggunakan cara tradisional dengan menumbuk dan ada juga menggunakan blender. 

Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi-Wikipedia

Orang kata kalau nak lagi sedap gunakan kaedah menumbuk dengan menggunakan lesung batu. Mungkin sedikit leceh tapi rasanya memang berbaloi berbanding menggunakan blender. Tapi ada beberapa resepi sambal belacan yang sedap dengan menggunakan kaedah blender dan tahan lebih lama

Walaupun kaedah moden lebih mudah tapi tak dapat lawan sambal belacan stail kampung ni iaitu sambal belacan asam buah belimbing buluh. Maaf, cili api ni kurang segar  sikit tapi masih sedap di buat sambal belacan. 

cara buat sambal belacan tumbuk

Cara Buat Sambal Belacan Asam Buah Belimbing

Bahan-bahan

Asam buah belimbing buluh yang telah masak bewarna kuning ( Kalau belum masak, rebus sampai masak warna kuning), cili api kampung, belacan

Cara penyediaan

Masukkan cili api kampung ke dalam lesung batu dan tumbuk lumat terlebih dulu. Selepas agak lumat, masukkan belacan sehingga sebati dengan cili api tadi. 

Akhir sekali masukkan buah asam belimbing buluh tadi. Tumbuk perlahan supaya air asam buah belimbing tidak terpercik kena mata kau orang. Lenyek-lenyekkan je pun boleh tak perlu tumbuk.

Kalau pedas sangat letak gula sikit. Garam tak perlu letak sebab belacan dah cukup masin dan berasa dah. Dah siap sambal belacan, boleh dihidangkan dengan ulam pucuk ubi rebus dan ikan goreng. Memang berselera makan dengan ada nya ulam dan sambal belacan.

2 Comments

  1. ala..baru tahu resepi ni. jiran ada kasi belimbing buluh, tapi x tahu nak masak camne..hehe

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak menumbuk sambal.. Sedap dijadikan pencicah ulam nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post