Siapa yang tak suka dengan makanan yang bernama kuew teow goreng ni memang rugi. Sejenis makanan yang sangat sedap dan mudah untuk menyediakannya. Ikut je resepi kuey teow goreng simple di bawah ini.
Sesuai dijadikan hidangan untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang ataupun makan malam. Tapi biasanya masak kuew teow goreng waktu sarapan pagi ataupun makan malam.
Kuew teow ni ada pelbagai versi cara menggorengnya. Ikut resepi kuey teow goreng chinese style, sangat simple dan saya lebih suka cara goreng yang mudah dan semestinya sedap!
Kalau tukang masak di kedai ataupun chef-chef hotel pun masak simple je tapi harga sekarang boleh tahan mahal juga. Tak dapat dah harga RM2.00 macam dulu-dulu. Kalau taraf hotel boleh cecah RM10 dan ke atas. Betul tak?
Masak kuew teow goreng tak susah mana. Lagi puas makan kalau masak sendiri yang bermodalkan bawah RM10 untuk masak 2-3 kali daripada bahan yang dibeli tu. Janji awak rajin nak masak dan belajar masak sedap-sedap. Practis make perfect! Kalau sekali masak tak sedap, belajar sampai masak sedap.

Resepi kuey teow goreng simple
hidangan untuk makan 2 orang (1/2 bungkus kuew teow halus)Bahan-bahan
Kuew teow 1/2 bungkus
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
1 biji telur
Kucai
Kicap
nota : Untuk bahan tambahan tu boleh letak sotong, udang, fishball, fishcakes, kobis, taugeh dan lain-lain ikut stok yang awak ada atau yang awak suka
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan bila dah naik bau masukkan cili kisar dan biarkan garing sikit.
3. Masukkan bahan basah seperti udang, sotong, fishball dan lain-lain jika ada
4. Tunggu masak kemudian masukkan kucai atau sayur lain yang ada.
5. Masukkan garam, kacau dan pecahkan telur
6. Masukkan kuew teow dan kicap secukup rasa.
7. Kacau rata, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Mudah dan cepat kalau semua bahan dah siap. Bahan-bahan pun mudah nak sediakan. Nak kuew teow sedap, udang tu wajib ada sebab menambahkan rasa manis udang yang sedap. Sebab saya pencinta udang. Kalau awak tak suka maybe boleh letak bahan yang lain. Terpulang.
Untuk resepi kuey teow goreng basah, boleh tambahkan air sedikit untuk kuah seperti char kuey teow.
Untuk resepi kuey teow goreng basah, boleh tambahkan air sedikit untuk kuah seperti char kuey teow.
Wow sedapnya terliur mama
ReplyDeleteAcik pun suka ni cuma x suka letak togey je
ReplyDeletemenu breakfast pagi ni :-)
ReplyDeleteWOW SEDAPNYA
ReplyDeletekita pon sarap pagi nie sama awak ;)
ReplyDeletemasak keteow goreng jew
sedapnya
ReplyDeleteKat sini susah sgt nak cari kuew teow goreng yg sedap di kedai..jadi nak tak nak kena belajar masak sndiri..selalu nya suami yg masak..haha
ReplyDeleteTQ resepinya.. nti nak cuba masak.. :)
kuew teow goreng, ini salah satu makanan favorit,...lihat gambarnya jadi lapar nih
ReplyDeleteSemalam mama masak kuew tiaw untuk makan petang.. 2 bungkus untuk seisi keluarga. Feberet mama kuew tiaw ni.
ReplyDeleteesok nak pi pasar beli kue teow, balik goreng sendiri.. confirm!
ReplyDeleteSedap tu..linda dh follow yer no 15
ReplyDeleteKue tiau memang feveret.2 hari sekali mesti. Nak pekena
ReplyDeleteSedapnya kuew teaw itu.. tolonglah masakkan untuk akak.. hahaha..
ReplyDeleteEh.. lupa nak cakap.. kita follow sini.. Follower no 17.. yeah!!
ReplyDeletenampak menyelerakan... nk try la nnti. biasa kalau kami buat, pucat je warna kuew teow kami
ReplyDeletePost a Comment