Resepi Sambal Telur

Masakan berasaskan telur, selain sedap direbus. Telur rebus sedap juga dijadikan lauk sambal telur. Ada pelbagai versi resipi sambal telur. Saya suka guna resipi sambal telur goreng simple je.

Sambal telur

Sambal telur adalah sejenis masakan lauk kampung yang mudah untuk disediakan. Telur, bahan asas masakan yang mudah didapati dan hampir setiap rumah ada stok telur. Sambal telur juga menu cadangan bagi mereka yang kering idea tak tahu nak masak apa tapi nak masak lauk yang cepat siap.

Sambal telur, masakan yang boleh di katakan ringkas dan mudah untuk di masak dengan syarat utamanya mesti dah ada siap-siap cili kering kisar tu. Kalau tiada stok cili kisar mungkin akan melambatkan kerja sikit untuk menyediakannya.

Resipi Sambal Telur Masak Cara Fiza

Walaupun bahannya sekadar telur yang nampak macam lauk murah tapi kesedapannya sangat mahal. Untuk memasak sambal telur yang sedap ada beberapa tips supaya makan nasi nanti boleh bertambah nasi. 

Tips untuk sedapkan sambal telur, telur yang telah direbus dan dikupas kulitnya perlu digoreng dulu sebelum buat sambal. Lapisannya luar akan menjadi rangup dan lebih rasa sedap. Tak percaya? Silalah cuba nanti. 

Resepi sambal telur rebus goreng

Bahan-Bahan

Telur
1 biji bawang merah (di cincang)
1 ulas bawang putih ( dicincang)
1 inci halia (dicincang)
3 sudu besar cili kering kisar 
Asam keping
1 sudu besar Cili sos
½ sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
¼ sudu garam
Minyak masak

Cara penyediaan

  1. Rebus telur sehingga masak dan kupaskan kulitnya.
  2. Panaskan minyak dan goreng telur yang telah dikupaskan kulitnya tadi sehingga lapisan telur luar cukup garing. Angkat kemudian ketepikan. 
  3. Dalam kuali yang sama minyak dah panas, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
  4. Setelah naik bau, masukkan cili kering kisar dan kacau rata. Biarkan sehingga pecah minyak dan agak garing sedikit.
  5. Masukkan garam, gula, sos tiram, sos cili, kicap manis dan asam keeping. Kacau rata biar semua rasa mesra Akhir sekali masukkan telur yang dah digoreng tadi dan kacau rata. Kalau nak berkuah sikit masukkan air sikit. Tapi saya lebih suka sos yang pekat likat tak perlu tambah air.
Resipi sambal telur goreng simple ni enak juga digunakan untuk resipi sambal telur puyuh juga. 

7 Comments

  1. masakan yng simple..tp sodap..feveret kte juga ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Huu....sedapnya! Dah lama x makan sambal telur...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sekali Sambal telur, cocok buat sarapan

    ReplyDelete
  4. Confirm sedap ni, yummy! Dah lama saya x makan sambal telur, rasa teringin pulak.

    ReplyDelete
  5. Aduhai... gambar tu mmg tak boleh blah, nyampah tau

    ReplyDelete
  6. Dengan telur, pelbagai juadah dapat disediakan.. kalau akak nie, akak belah dua telurnya.. goreng pastu baru buat sambal.. Pergh!! Ohsem sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post