Resepi Roti Puri

Roti puri enak di makan ketika sarapan pagi ataupun minum petang. Boleh juga jika ingin di jadikan hidangan tengahari atau makan malam. Kesimpulannya, roti puti boleh di makan pada bila-bila masa sahaja. Tiada pantang larang atau waktu terlarang untuk mennikmatinya pada bila-bila masa.

Resipi Roti Puri Masak Cara Fiza

Roti puri sangat terkenal dalam masakan orang India yang dihidangkan bersama kari. Dalam masyarakat jawa pula, roti puri lebih dikenali dengan nama roti jewer. 

Ada juga yang memberi nama dengan roti kembung. Macam-macam nama ada. Yang penting roti puri @roti poori ini adalah sejenis roti yang kembung digoreng seperti belon.

Cara untuk membuat roti puri sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tidaklah begitu banyak. Asalkan anda rajin nak buat, hasilnya mesti menjadi kalau betul-betul ikut resepi roti puri.

Roti puri sedap di makan ketika roti puri masih panas dan kembung. Kalau lambat makan, kurang nikmat rasa sedap roti puri yang sebenar.

Resipi Roti Puri Tanpa Yis

Bahan-Bahan

1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung 
1 sudu besar gula
Air secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu Butter atau 1 sudu marjerin

*Jika anda menggunakan tepung susu jenis campuran madu, tidak perlu tambahkan gula.

Cara penyediaan

1. Dalam satu bekas, sediakan air susu (bancuh susu tepung dengan air dan garam. Kalau guna susu tepung biasa tambahkan gula 1-2 sudu ikut citarasa masing-masing).
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung bersama butter yang telah dicairkan (atau marjerin) dan gaul rata.
3. Masukkan air susu sikit demi sedikit dan uli menjadi doh. *Pastikan doh tidak melekat. Jika melekat tambahkan tepung sikit demi sedikit.
4. Dah siap doh, bulatkan doh kepada bentuk kecil kecil dan letak minyak sikit.
5. Biarkan selama 5 minit
6. Sebelum menggoreng pastikan minyak betul-betul panas dan banyak. Gelek nipis tepung tadi dengen pengelek kemudian goreng setelah minyak betul-betul panas. Roti akan mengembung semasa goreng.

*Tips untuk tepung kembung : 
Setelah masukkan tepung yang dilenyek tadi ke dalam kuali minyak panas, tekan tengah tepung tadi dengan menggunakan sudip. Tekan perlahan supaya tepung tadi tenggelam dan setelah kembung biarkan masak kemudian terbalikkan untuk proses masak pada bahagian atas.

Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu. Kemudian hidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari. Kalau di Johor, jika ada lebihan kuah ikan baung masak lemak boleh dibuat pencicah roti puri. 

Untuk kuah pencicah tu, ikut sedap selera masing-masing. Ada yang suka sambal, ada yang suka kari dan lain-lain kuah. Selamat mencuba dan menjamu selera!

Untuk penerangan bergambar yang lebih mudah, rujuk entri Resepi Roti Puri Mudah.

2 Comments

  1. simple je resepi ni. bole cuba buat utk breakfast nanti :-)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi roti puri ini.. selalu tengok orang share..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post