Resipi Bayam Brazil Crispy Tepung Bestari

Bayam brazil pernah mencetuskan fenemona makanan viral suatu masa dulu. Bila tahu khasiat bayaam brazil ni banyak khasiatnya, ramailah mula bercucuk tanam. Tambah lagi cara tanam bayam brazil ni mudah. Bayam brazil sejenis tumbuhan mudah hidup juga.

Cara tanam bayam brazil

Potong serong batang bayam brazil yang cukup besar, buang daun dan cucuk dalam tanah atau boleh juga letakkan dalam bekas yang berisi air, selepas tumbuh akar baru pindahkan ke dalam tanah.

Dari pengalaman saya, jika ditanam terus dalam tanah lagi mudah ditanam dan cepat merebak tumbuhnya tanpa kawalan. Daunnya pun besar-besar berbanding di tanam dalam pasu.

Bayam Brazil

Bayam Brazil, nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Khasiat bayam brazil

  • Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan.
  • Bayam Brazil dapat melawan kanser
  • Mengekalkan kesihatan mata
  • Merupakan sumber vitamin K
  • Dapat menguatkan tulang
  • Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengelakkan daripada sembelit
  • Membantu melancarkan darah
  • Mencegah anemia
  • Mengatasi masalah gusi
  • Nutrisi yang baik untuk pembesaran
  • Mengekalkan stamina
  • Mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium
  • Amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung
sumber : majalahsains

Cadangan menu masakan berasaskan bayam brazil

  • bayam brazil crispy tepung bestari
  • bayam brazil crispy spicy
  • bayam goreng tepung crispy
  • bayam brazil goreng tepung beras
  • bayam brazil goreng
  • bayam brazil goreng tepung
  • cucur bayam brazil
  • kerepek daun bayam brazil
  • bayam brazil goreng telur
  • resepi bayam brazil masak lemak
  • kerabu bayam brazil

resipi bayam brazil crispy tepung bestari

Resipi bayam brazil crispy tepung bestari masak cara Fiza

Cara buat bayam brazil spicy mudah je dengan adanya tepung bestari.

Bahan-bahan
Bayam brazil
Tepung bestari
Minyak untuk menggoreng
telur *optional

Cara goreng bayam brazil crispy
  1. Bayam brazil dicuci bersih kemudian di toskan.
  2. Bancuh tepung bestari dengan air, boleh juga tambah telur. 
  3. Masukkan bayam kedalam bancuhan tepung
  4. Panaskan minyak dan kemudian goreng sehingga garing
  5. Angkat dan toskan minyak
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Mudah ya amat bukan? Sedap dijadikan kudapan juga selain dihidangkan bersama nasi. Ada juga yang panggil kerepek daun bayam brazil selain bayam brazil goreng celup tepung. Kerepek daun bayam brazil juga dipelbagaikan. Ada perisa original, cheese dan juga spicy.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post